Pendaki Hilang | Lagi cebisan tubuh manusia ditemui

2022-05-17 4

Pasukan penyelamat menemui sebahagian lagi tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di Ipoh, pada lewat petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhammad Shahrizal Aris berkata cebisan tubuh manusia itu dijumpai pada jam 4.30 petang di lokasi penemuan kedua pada Isnin.